BIODATA PENULIS


Saya yang bernama Efendi Mahat adalah seorang penasihat kewangan bebas (Independent Financial Consultant) yang memegang 'Single License Investment' serta Takaful. Tugas saya adalah membantu tuan/puan berkongsi cabang-cabang ilmu kewangan berdasarkan pengetahuan, pembelajaran serta pengalaman yang saya perolehi. 

Sebagai seorang penasihat kewangan bebas, saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat, dan bekerja untuk kepentingan pelanggan saya dan saya berikan konsultansi secara PERCUMA untuk membantu dalam pengurusan kewangan pelanggan.

Saya merupakan bekas kakitangan sebuah bank terkemuka di Malaysia yang berkhidmat selama 11 tahun dan berpengalaman menyeluruh dalam ilmu simpanan, pelaburan amanah saham dan perlindungan takaful. Kini saya merupakan penasihat kewangan bebas di bawah naungan firma Financial Planning berpengkalan di Shah Alam. 

Saya merupakan pemegang ijazah di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Pengurusan Maklumat dan pemegang diploma dalam Pengurusan Perbankan di Universiti Teknologi MARA cawangan Arau, Perlis. 

Kepakaran saya adalah di dalam cabang pelaburan amanah saham/unit trust, skim persaraan swasta (PRS), perlindungan / Takaful, simpanan, pembangunan usahawan dalam membantu mendapatkan kemudahan dari institusi kewangan dan telah membantu ramai pelanggan dalam merancang kewangan mereka. 

Misi saya ialah mendidik anak bangsa agar celik dalam ilmu kewangan dan mempraktikkan ilmu yang di kongsikan. 

Saya masih lagi belajar serta mendalami ilmu-ilmu kewangan dan bagi saya selagi kita terus belajar, bersikap rendah diri dan sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru, saya percaya kita akan terus maju dan yang penting jangan berhenti belajar. InshaAllah ilmu yang saya pelajari, saya akan kongsi pada semua. 

Tuan/Puan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat profesional secara percuma bagi menyelesaiakan kewangan tuan/puan. Konsultansi dan nasihat percuma ini merangkumi mengenai kepentingan aliran tunai, nilai aset bersih, pelaburan amanah saham, simpanan, takaful, perbankan, kemudahan dari institusi kewangan dan tanya saya bagaimana saya boleh membantu tuan/puan untuk merancang wang dengan lebih selamat. 

Saya juga berbesar hati untuk membantu tuan/puan dalam menyelesaikan masalah kewangan, merancang serta menstruktur semula kewangan demi masa depan tuan/puan agar beroleh kebebasan dalam kewangan. 

Terima Kasih.

Efendi Mahat
Kuala Lumpur, W.P
Hotline : 016-7771034
Email: herokewangan@gmail.com

No comments:

Post a Comment