Sunday, 12 June 2016

Duit yang liat ke dompet

Di petik dari buku Dr Shah Razali..
Sebab-sebab berlakunya aliran tunai yang liat untuk masuk dan bertambah adalah:
1. Hubungan dengan Pencipta.
2. Hubungan dengan ibu bapa.
3. Kedekut untuk memberi.
4. Ghaibnya skrip syukur.
5. Persepsi negatif terhadap duit.

Cuba periksa diri kita, adakah kita kategori golongan di atas. Kalau ya..ubah, inshallah segalanya di permudah..
Tapi yang penting usaha, doa & tawakal..
Kredit: Dr Shah Razali

Tips nak kaya..

Kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA.
Kita kena bersedekah dulu... barulah Allah bagi kaya, bukannya setelah kita kaya.. baru nak bersedekah.
Mulakan sedekah dengan jumlah yang kecil dulu...rasa nikmat gandaan ..lepas tu tingkatkan sedikit demi sedikit...jadikan kebiasaan...
Kita kena biasakan diri kita dengan bersedekah sebelum Allah jadikan kita kaya sebab takut nanti bila kita dah kaya..kita jadi kedekut untuk bersedekah. Nauzubillah...
Hikmah bersedekah bukan sekadar menggandakan kekayaan...tetapi ianya juga penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah...
Moga dapat pengajaran.. 

Insuran Nyawa

Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan.

Namun begitu masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka.

Menurut laporan 2012/2013 Protection Gap Study yang dikaji oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 56% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa.

Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini 5 perkara anda perlu tahu mengenainya.

1) Apakah liputan insurans nyawa di Malaysia?

Sebagai permulaan, polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar.

Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.

Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai.

2) Kenapa anda memerlukan insurans nyawa?

Untuk mengenalpasti samada anda memerlukan insurans nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan?

Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insurans nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain.

Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman?

Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal?

Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang?

Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan?

Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda?

Polisi insurans nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan.

Liputan insurans nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya.

Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Doa Penyelesaian Hutang..

Berdoa di sertakan dengan berusaha dan tawakal selebihnya Allah yang mengatur..

Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan :

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon.

A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:

“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.

Semoga kita dapat mengamalkannya dan bermanfaat bagi siapa yang membacanya.
jangan lupa share info penting ini yaaa

Sumber : [reportaseterkini.net]

Klik link ini https://yuk-bagikan-berita-terkini.blogspot.com/2016/06/amalkan-doa-ini-sebelum-tidur.html

Tips kewangan - Ramadhan

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk bijak mengawal perbelanjaan dan kewangan kita semasa Bulan Ramadhan.
Bersederhana dalam menyediakan juadah berbuka puasa dan tidak terlalu mengikut nafsu ketika membeli makanan.
Kita perlu bijak menguruskan dan menetapkan had wang yang ingin kita gunakan untuk juadah berbuka puasa.
Kalau boleh berjimat….berjimatlah dalam berbelanja agar matlamat kewangan yang kita sasarkan tidak tersasar.. 

Quote of the day

***Most people need love and acceptance a lot more than they need advice***
Saat ada kawan, family yang ada masalah dan ingin bercerita pada anda, sudikanla untuk mendengar.
Jadi pendengar yang baik, mereka perlu perhatian dan waktu anda untuk meluahkan perasaan...

Senyum

Senyum..
Jika anda merasa putus asa, marah atau bosan..
Dengan senyuman boleh mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih positif...

Sukar menabung?


Menabung menjadi sukar bukan kerana:

1. Sedikit atau kecilnya pendapatan anda
2. Banyak atau besarnya pembelajaan anda
3. Banyak hutang

Tapi kerana...

1. Belum terbiasa menabung kerana tidak pernah membiasakan diri.
2. Menangguh masa menabung itu sehingga tidak tahu bila masa sesuai akhirnya wang untuk menabung habis begitu saja...

Penyelesaiannya..
- Ubah sikap....

Duit vs Emosi

Kewangan bukan sekadar matematik, tapi juga tentang mengurus emosi.
Cuba letak duit rm1000 dalam dompet. Ada je benda hendak kita beli. Sedangkan bukan barang keperluan tapi kemahuan untuk membeli.
Sebabnya bila simpan duit dalam dompet, kita biasanya kalah dengan desakan EMOSI untuk berbelanja. Ada saja barang yang kita rasa perlu beli.
Setuju.... 

Kamus kewangan - Inflasi

Inflasi
-Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.

Maknanya setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada belian sebelumnya.

Kamus pelaburan - Pelabur

Pelabur/Investor
- Pelabur adalah individu yang melabur selepas membuat kajian pelaburan yang terperinci yang dapat mengelakkan dari menghabiskan duit simpanan begitu sahaja dan mendapat keuntungan pelaburan yang memuaskan.
Pelabur yang bijak akan mengkaji sesuatu pelaburan sebelum melabur.

Fakta pelaburan

Kebanyakkan orang terpedaya dan sanggup mengeluarkan banyak wang untuk menyertai pelaburan skim-skim cepat kaya NAMUN hanya segelintar orang sahaja yang terbuka hati mereka untuk membaca dan memupuk tabiat kewangan.
Pelaburan yang paling baik adalah pelaburan ilmu untuk diri sendiri sebagai contoh membeli, membaca dan fahami tentang buku-buku kewangan.
Jadilah golongan yang cerdik dalam ilmu kewangan, pasti anda tidak mudah terpedaya..

Survey kewangan

Mengikut survey, hanya 5% orang sahaja yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara.
Macam mana dengan 95% orang lagi? 
Masih berhutang? 
Tiada simpanan?

Macamana nak jadikan kita orang yang tergolong dalam 5% yang mempunyai kebebasan kewangan..
Caranya..menabunglah dan gandakan kewangan anda semasa anda bekerja serta belajar ilmu kewangan nescaya anda pasti bebas dari masalah kewangan.

Motivasi kewangan - sikap

Sikap malas mencari wang, malas menambah pendapatan, mudah sangat putus asa dan tidak mahu mengambil peluang, takut mengambil risiko serta kurang berusaha untuk mencari wang perlu dielakkan.
Jangan mudah merungut, suka menyalahkan orang lain serta terlalu bergantung kepada orang lain kerana ia adalah sikap yang langsung tidak membina.
Sifat positif dalam diri perlu ada, yakin pada diri sendiri dan jangan mudah putus asa..insha Allah apa yang anda usahakan pasti ada ganjarannya...

Kedekut

Sifat KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.
Orang yang kedekut selalunya tak ramai kawan sebab perangai kedekutnya yang menyebabkan kawan menjauhkan diri dari dia..
Jangan kedekut...banyak2 bersedekah.. tidak miskin orang yang selalu bersedekah..

Tips pelaburan - matlamat

Jadilah pelabur yang bijak.
Anda melabur berdasarkan maklumat dan bukannya emosi.

Sebelum melabur, cari maklumat daripada pelbagai sumber boleh dipercayai dan sekiranya memilih untuk melabur, pantau pelaburan dengan teliti dan dapatkan nasihat daripada pihak yang berkelayakan yang mempunyai lesen yang sah.
Buat keputusan pelaburan selepas menimbangkan kebaikan dan keburukan tentang satu satu pelaburan.

Definasi kewangan

Definasi Base Rate (BR)
Kadar interest yang digunakan oleh bank komersial sebagai asas untuk pinjaman bank - The Free Dictionary
Kadar asas interest untuk bank memberi pinjaman - iMoney.com
Secara mudahnya, Base Rate tidak jauh berbeza dengan Based Lending Rate (BLR) cuma dahulu Bank Negara Malaysia yang tetapkan berapa kadar interest tetap untuk pinjaman. Bank komersial pula yang akan tetapkan berapa nilai yang perlu ditolak dari BLR.

Tips pelaburan - amanah saham

Melabur dalam amanah saham/unit trust adalah pelaburan untuk medapat keuntungan dalam jangka masa panjang iaitu lebih daripada 3 tahun.
Kalau nak melabur dalam jangka masa pendek, amanah saham/unit trust tidak sesuai untuk anda kerana anda tidak boleh nampak keuntungan dalam masa singkat.

Keperluan vs Keinginan

Anda perlu bezakan yang mana satu keperluan dan mana keinginan dalam pembelanjaan harian.

Tips Menyimpan - Ghairah

Ghairah...
Janganlah ghairah sangat dalam menyimpan duit sampai tak guna langsung pun.
Ini akan memberi kesan kepada 'quality of life' anda. Ikut kemampuan diri dalam menyimpan, tiada paksaan dalam menyimpan.

Tips menyimpan - simpan dulu

JANGAN cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas anda membuat pembayaran semua bil dan keperluan lain sebaliknya...
SIMPAN DULU sebahagian daripada jumlah pendapatan kemudian baru selesaikan bayaran bil & keperluan lain.

Tips menyimpan - Belian

Jangan membeli sekiranya tidak perlu.

Boros.

Untuk menghilangkan tabiat berbelanja dengan boros, ianya memerlukan kekuatan diri. Hanya anda saja yang boleh mengubahkannya.

Fakta menabung

Sekecil mana sekalipun jumlah wang yang disimpan secara TETAP (consistent) setiap bulan, simpanan anda akan bertambah dalam jangka masa yang panjang.

Tips menyimpan - Matlamat jelas

Buat matlamat simpanan dengan JELAS.

Tentukan JUMLAH wang yang anda mahu simpan dan BILA anda mahu mencapai matlamat tersebut.

Contoh
Anda mahu simpan wang berjumlah RM5,000 dalam masa lima tahun.

Tulis matlamat anda ini & displin dalam menyimpan, inshaallah matlamat anda tercapai.

Perancangan Kewangan

Perancangan kewangan ialah satu pelan yang menggariskan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu untuk mengurus dengan baik sumber-sumber pendapatan, aset dan hutang supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah yang optima.

Dengan adanya perancangan kewangan yang baik, kita dapat menyimpan tabungan dan membuat pelaburan yang pastinya dapat menjamin pendapatan jangka panjang.
Sekiranya anda belum ada perancangan kewangan, elok buat...bukan untuk diri saya tapi untuk diri sendiri, untuk diri anda..

Biodata Penulis




Saya yang bernama Efendi Mahat adalah seorang penasihat kewangan bebas (Independent Financial Consultant) yang memegang 'Single License Investment' serta Takaful. Tugas saya adalah membantu tuan/puan berkongsi cabang-cabang ilmu kewangan berdasarkan pengetahuan, pembelajaran serta pengalaman yang saya perolehi. 

Sebagai seorang penasihat kewangan bebas, saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat, dan bekerja untuk kepentingan pelanggan saya dan saya berikan konsultansi secara PERCUMA untuk membantu dalam pengurusan kewangan pelanggan.

Saya merupakan bekas kakitangan sebuah bank terkemuka di Malaysia yang berkhidmat selama 11 tahun dan berpengalaman menyeluruh dalam ilmu simpanan, pelaburan amanah saham dan perlindungan takaful. Kini saya merupakan penasihat kewangan bebas di bawah naungan firma Financial Planning berpengkalan di Shah Alam. 

Saya merupakan pemegang ijazah di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Pengurusan Maklumat dan pemegang diploma dalam Pengurusan Perbankan di Universiti Teknologi MARA cawangan Arau, Perlis. 

Kepakaran saya adalah di dalam cabang pelaburan amanah saham/unit trust, skim persaraan swasta (PRS), perlindungan / Takaful, simpanan, pembangunan usahawan dalam membantu mendapatkan kemudahan dari institusi kewangan dan telah membantu ramai pelanggan dalam merancang kewangan mereka. 

Misi saya ialah mendidik anak bangsa agar celik dalam ilmu kewangan dan mempraktikkan ilmu yang di kongsikan. 

Saya masih lagi belajar serta mendalami ilmu-ilmu kewangan dan bagi saya selagi kita terus belajar, bersikap rendah diri dan sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru, saya percaya kita akan terus maju dan yang penting jangan berhenti belajar. InshaAllah ilmu yang saya pelajari, saya akan kongsi pada semua. 

Tuan/Puan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat profesional secara percuma bagi menyelesaiakan kewangan tuan/puan. Konsultansi dan nasihat percuma ini merangkumi mengenai kepentingan aliran tunai, nilai aset bersih, pelaburan amanah saham, simpanan, takaful, perbankan, kemudahan dari institusi kewangan dan tanya saya bagaimana saya boleh membantu tuan/puan untuk merancang wang dengan lebih selamat. 

Saya juga berbesar hati untuk membantu tuan/puan dalam menyelesaikan masalah kewangan, merancang serta menstruktur semula kewangan demi masa depan tuan/puan agar beroleh kebebasan dalam kewangan. 

Terima Kasih.

Efendi Mahat
Kuala Lumpur, W.P
Hotline : 016-7771034
Email: herokewangan@gmail.com
Blog : http://herokewangan.blogspot.my
FB: www.facebook.com/efendimahat